@ku bud@k min@ng

October 31, 2008

Anwar Ibrahim dan 16 September

Filed under: Politik — fendimalik @ 10:07 am

Tulisan saya kali ini respon  kepada ilyana yahya(my kezen ni..) terhadap isu 16 september.Saya bersetuju dengan kenyataan ilyana ketaksuban kepada seseorang melemahkan bangsa itu sendiri.Memetik kata-kata seorang tokoh tamadun Zurji Zaidan apabila membicarakan faktor-faktor kejatuhan khilafah ialah apabila semangat dan ketaksuban melebihi ilmu.Tetapi bukan lah niat dan tujuan saya untuk memuji dan mengagungkan DSAI seperti orang-orang Rom dan Parsi mengagungkan para emperor mereka.Mereka pelbagi cerita dan sakti seolah-olah emperor maha kuasa.Bukan juga seperti masyarakat malayu tradisional mengagungkan raja-raja melayu.Dengan tulahnya menakutkan rakyat jelata untuk bersuara.Tetapi saya mengangkat dan menyanjungi pemikiran yang dibawa.Mungkin gaya dan tulisan saya menampakan saya cenderung dilihat seolah-olah taksub dengan DSAI.

Mengulas isu yang dibangkitkan iaitu para penyokong pakatan rakyat umpama menunggu buah yang tidak gugur.Suka saya berkongsi satu kata-kata Saidina Umar alkhattab.

  ‘Kebaikan yang tidak dirancang akan dikalahlan oleh keburukan yang  

    terancang’

Isu pertukaran kerajaan merupakan isu teknikal yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia.Menurut Prof Aziz Bari seorang pakar perlembagaan Malaysia perubahan kerajaan mestilah melalui beberapa proses iaitu undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah sebelum YDPA memanggil parti yang mendakwa mempunyai sokongan mejoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Isunya disini ialah sejarah membuktikan UMNO akan menggunakan segenap instrumen yang ada untuk menggagalkan usaha ini.Tahun 1988 jika saya tidak silap bagaimana  ‘Operasi Lalang’ yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir menangkap para ahli politik yang cuba merampas kuasa.Akta hasutan,akta keselamatan dalam negeri serta pelbagai lagi akta yang boleh digunakan untuk menggagalkan pertukaran kerajaan ini.

DSAI tidak menipu.Seperti yang saya tulis dalam ulasan saya sebelum ini hanya ahli politik gila sahaja mengaku mampu menukar kerajaan tanpa bukti.Dalam perhimpunan 16 sept DSAI menegaskan tarikh itu merupakan titik tolak perubahan secara serius.Bagi yang tidak memahami akan menyerang DSAI dan menuduh beliau sebagai penipu tetapi bagi yang memahami proses demokrasi Malaysia kita akan faham proses ini memerlukan pendekatan berhemah umpama menarik rambut dalam tepung.Tindak tanduk Speker Dewan Parlimen yang berat sebelah turut merumitkan keadaan.Banyak perkara perlu diambil kira kerana budaya politik Malaysia tidak sekeras seperti di Thailand dan Indonesia yang cukup radikal kerana masyarakat Malaysia matang dalam menilai  dan menerima keamanan itu perlu diletak sebagai parioriti utama.

Dalam tulisan saya sebelum ini turut menyatakan bagaimana tindakan ahli Parlimen BN yang dilarikan gara-gara pengumuman 16 September.Jika mereka tidak percaya mengapa diadakan lawatan ke Taiwan dengan alasan-alasan tidak logik.Pasti kerana tempias permaian politik DSAI.

Bagi yang memahami konsep ‘Sir wa Hazar’ dalam berjemaah,pasti mereka memahami tindakan DSAI.DSAI bukan pemimipin yang lahir dari madrasah UMNO tetapi lahir dari gerakan Jemaah dan beliau sendiri terlibat secra langsung dengan ABIM satu ketika dahulu.

Sebagai konklusinya walaupun perubahan kerajaan tidak berlaku dalam masa terdekat,saya percaya gelombang perubahan telah dicetuskan oleh insan bernama Anwar Ibrahim di segenap pelusuk negara.

 

October 30, 2008

Kenali Bakal Pemimipin Anda..

Filed under: Politik — fendimalik @ 4:36 pm
Bakal Perdana Menteri

  • Najib Tun Razak

Adakah Najib lebih baik dari Abdullah ….? Najib seorang yang terlalu banyak skandalnya….

  1. Skandal Altantuya – sampai sekarang masih misteri mengenai penglibatan ‘bodyguard’ kananya, bagaimana C4 yang merupakan alat letupan terkawal dan hanya Menteri atau pegawai atasan yang boleh keluarga bom ini dari simpanan, pembatalan rekod masuk Altantuya di imegresen, kewujudan ’sms’ yang menunjukkan komunikasi Najib dengan Datuk Shafie Abdullah mengenai kes pembunuhan tersebut, kenyataan bersumpah Bala (yang pertama) dan Bala hilang selepas kenyataan bersumpahnya….tidak siapa ketahui dia dimana hanya polis keluarkan kenyataan Bala ditemui dan kenyataan diambil.
  2. Rasuah pembelian senjata , sukhoi, scorpene dan terbaru Eurocopter yang melibatkan komisyen (rasuah) yang cukup besar melibatkan kerugian wang rakyat.
  3. Takut Bini – ini masalah rumah tangga tidak harus menjadi isu politik tetapi cakap – cakap terbuka terlalu banyak dan ini mengakibatkan Najib menjadi presiden yang diketawakan. Sejarah dia dan Rosmah juga mungkin sedikit meragut sokongan kaum ibu dan wanita. Najib sanggup menceraikan isterinya (kerabat di Raja) untuk berkahwin dengan Rosmah. Najib sanggup menuduh bekas isterinya mempunyai penyakit gila babi dan ditinggalkan bersama anak – anak. Malah menjadi cakap – cakap di sekitar Seremban (dulu Rosmah dan bekas suaminya duduk Seremban) menyatakan suami Rosmah terpaksa menceraikan isterinya dengan kecewa dan ditawarkan wang yang banyak untuk tebus talak. Kebenaranya tidak diketahui tetapi adakah Umno sanggup punya bakal presiden yang terpalit dengan gosip ini.
  4. Port Dickson – Misteri yang masih belum terjawab. Pertengahan 1990an di Port Dickson seorang menteri kanan ditangkap dengan artis. Untuk ‘cover’ isu ini 6 orang pegawai di bawah Jabatan Agama Islam N.Sembilan ‘dibuang’…(bertukar ke Jabatan lain dengan kenaikan pangkat atau diberhentikan dengan imbuhan..)…. katanya orang itu ialah Najib (untuk ini dengar khabar orang Umno sudah mula menjejak bekas orang Pejabat Agama yang terlibat dalam operasi menangkap itu…kita tunggu sahaja…)
  5. Jika Pak Lah ada Kamaludin yang berlatar belakangkan korporat membolot kekayaan Najib juga ada Datuk Nazir Tun Razak yang duduk di dalam CIMB.
  6. Jika Pak Lah ada KJ Najib ada Rosmah yang tamak dan hidup umpama emelda marcos. YB Saifuddin Nasution pernah dedahkan mengenai perangainya yang pergi membeli belah di luar negara menggunakan kemudahan kerajaan dengan memenuhkan barang dalam berpuluh teksi dan membawanya pulang ke Malaysia dengan cubaan lari cukai dan tak nak bayar bayaran lebihan berat barang kepada MAS.
  7. Rosmah dikatakan sudah mengarahkan pejabatnya berhampiran Pejabat Najib disiapkan.
  8. Najib mempunyai sejarah politik yang penakut. Mahathir juga pernah mengatakan dia penakut. Satu ketika dahulu Dia menyokong KuLi ketika awal pertembungan KuLi dan Mahathir malangnya selepas mendapat tawaran Anwar untuk dia diberikan jawatan ketua pemuda dia menyokong Mahathir. Ketika saat Mahathir hendak memilih TPM selepas memecat DSAI Najib tak berani cakap apa malah Mahathir takut kemungkinan Najib Kem Anwar kerana jasa Anwar dalam karier politik Najib, maka Mahathir memilih jalan selamat dengan memilih Pak Lah yang dikenali dengan lurus dan tak cerdik politik untuk pastikan Mahathir terus mengawal negara. Malangnya Mahathir gagal mengambil kira kewujudan Kamaludin dan KJ yang akhirnya mengawal Pak lah untuk tidak mendengar arahan Mahathir

 

Bakal-Bakal Timbalan Perdana Menteri

  • Muhiyuddin Yasin

Dia ialah calon pilihan kini. Mempunyai rekod masih ada hubungan baik dengan Anwar dan beberapa pimpinan PR. Banyak juga kedengaran mengenai skandal tanah Melayu di Johor yang melibatkan beliau. Malah ketika menjadi Menteri Pertanian terlalu banyak korupsi berlaku antaranya GERAK ketika dibawah Ezam telah membuat laporan dan menyerahkan bukti kepada BPR.

Dia mungkin akan menang tetapi bukan gandingan yang baik dengan Najib. Kemenangan Muhiyuddin Yassin akan mengundang krisis berterusan dalam Umno yang akan menyaksikan pertembungan senyap Presiden dan Timbalanya.

 

  • Muhammad Mohd Taib

Tidak perlu di ulas panjang. Individu yang telah ditangkap kerana membawa RM3.8 juta wang tunai ke Australia tanpa istihar yang kemudian dilepaskan kerana pengakuanya di Mahkamah Australia dia tak tahu membaca arahan yang mewajibkan dia mengistiharkan wang tunai yang dibawa masuk ke Australia kerana dia tidak tahu cakap dan baca Inggeris.

‘Track record’nya ‘memanjat’ pagar istana Selangor membawa lari puteri untuk dikahwini di Thailand menyebabkan Sultan Selangor ketika itu murka.

Namun usahanya mewujudkan seketeriat melayu dunia dan gagasan idea ‘Melayu Baru’nya ketika berada dalam kem Anwar Ibrahim satu ketika dahulu mungkin sedikit akan membantu Umno jika terpilih. Walaupun dia mempunyai rekod baik dengan ramai ahli perniagaan Cina namun label rasis Melayu masih tebal kerana ucapan beliau yang tersiar di radio sebelum perhimpunan di kampung baru 1987 yang menginatkan orang Melayu supaya bawa pisau agar mudah nak kupas limau (orang Cina).

  • Ali Rustam

Ali Rustam…..  kalau Ali Rustam dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri…. ramai tak sunggup mengaku sebagai rakyat Malaysia malah mungkin ramai nak duduk Monggolia…. itu cuma gurauan tetapi itulah gambaran betapa tak sanggupnya rakyat Malaysia memiliki seorang Timbalan Perdana menteri yang cakap Melayu terabur, cakap Inggeris lagi jahanam….

Dikenali sebagai seorang yang emosional, kenyataan politik yang berterabur dan kosong ‘kepalanya’……tetapi orang seperti ini juga mampu dapat pencalonan kerana RM.

 

Bicara Kedai Kopi:Sorotan Seminggu

Filed under: Umum — fendimalik @ 4:25 pm

Alhamdulillah,telah hampir 2 minggu saya sibuk dengan tugasan di kampus sempat saya mencuri sedikit masa untuk mencoret sedikit pengalaman buat tatapan teman serta sahabat yang  sudi mengunjungi blog saya.segala komen dan pandangan membina amat-amat saya raikan kerana asas dalam membentuk kerangka pemikiran intelek adalah melaui diskusi dan pembacaan.

Banyak pandangan yang diberikan membuatkan saya benar-benar teharu kerana dalam kekalutan dan kebekuan intelektual mahasiswa yang sering diperkatakan sebenarnya masih terdapat ramai lagi mahasiswa yang mampu berfikir dan berhujah secara kritis berdasarkan nilai ilmu dan fakta yang sahih.

Minggu ini saya sempat berdiskusi bersama teman-teman di kampus membicara kan soal runtuhnya nilai-nilai ilmiah di Universiti terutama di  UNISEL tempat saya berkampung selama 3 tahun bagi mengejar  segulung ijazah.Program-program yang dianjurkan sekadar memenuhi kantung persatuan,rendahnya nilai-nilai intelektual dalam setiap program dan nilai-nilai hedonisme melampau menggusarkan saya dan teman-teman sekuliah.Saya mencadangkan perlunya satu ‘kumpulan pendesak ‘ bagi menyedarkan massa di kampus akan peri pentingnya minda mereka diisi sebagaimana pentingnya mereka mengisi perut-perut mereka saban hari.Bagi teman-teman sekampus yang mengujungi blog ini saya menyeru dan merayu supaya bersama-sama menyahut gendang perang yang bakal saya lancarkan bersama rakan-rakan se fikrah untuk kita sama-sama mengangkat nilai dan martabat mahasiswa itu ke tempat sepatutnya.Bukan untuk menjadi pembrontak tetapi bagi saya pembrontakan bersebab itu perlu bagi menyedarkan mereka-mereka yang masih tercari-cari nilai terbaik yang perlu dijadikan paksi.

Isu mahasiswa nasional turut menarik perhatian saya minggu ini.Pilihan Raya kampus yang berlangsung terus menjadi kontrovesi apabila sistem e-voting terus dipertikai ketelusanya.Saya agak lucu melihat ketakutan pihak pemerintah mengguna segenap jentera yang ada menyekat kemenangan pro mahasiswa.Apa sebenar yang berlaku dinegara kita?Sudahlah pilihan Raya Umum tidak adil dan telus,Pilihan Raya Kampus turut dicabul bagi menunjukan merekalah Raja..merekalah penguasa.Tidak sedarkah Pak-Pak Menteri mahasiswa ini aset negara?Sebenarnya merekalah yang membunuh nilai intelektual mahasiswa.Saya tidak terkejut dengan kemerosotan rangking IPTA di Malaysia jika terlalu banyak campur tangan Pak-Pak Menteri yang dungu,hanya mengutamakan kerier politik mereka.

Akhir sekali,sorotan seminggu ini saya akhiri dengan melontarkan satu isu yang perlu para pengujung blog ini fikirkan bersama.Isu program realiti melibatkan kanak-kanak dinegara ini.Seawal usia muda mereka didedahkan untuk menyanyi,menari dan berhibur.Kalau kerjaya artis yang didedahkan kepada kanak-kanak ini siapa yang bakal menjadi Doktor,jurutera,guru,ustaz dan pemimpin negara kalau  glamour menjadi keutamaan.Barah yang semakin menular dikalangan masyarakat ini perlu dibendung sebelum bangsa musnah dengan program realiti yang tidak membawa sebarang faedah.

October 11, 2008

Peralihan Kuasa Vs Mesyuarat UMNO

Filed under: Politik — fendimalik @ 2:43 pm

Saban hari berita menyiarkan kerancakan pemilihan agong UMNO yang bakal berlangsung Mac ini.Dari kronologi keputusan Pak Lah tidak mengekalkan jawatan presiden parti hinggalah tindakan pak lawak(meminjam istilah Tun Mahathir) dari Perlis menawarkan diri bertanding jawatan Presiden.Saya tidak berminat mengulas isu pertandingan para peminpin UMNO ini kerana dari jawatan Presiden Parti hinggalah ke jawatan Ketua Pemuda semua yang menawarkan diri adalah perasuah dan perompak kekayaan negara.Saya menjadi begitu mual melihat para calon UMNO yang menawarkan diri terdiri dari para tokoh yang bermasalah.Dato’ Najib dengan isu komisyen yang tidak terjawab,Tan Sri Muhd Taib dengan isu moral dan melarikan wang ke Australianya,Tan Sri Isa Samad dengan isu tanah di negeri Sembilan dan bakal ketua pemuda khairy Jamaluddin yang tamak membolot kontrak-kontrak kerajaan.

Rata-rata rakyat yang berharap pertukaran kerajaan yang diharapkan berlaku secepat yang mungkin kini tinggal harapan.Saya yang merupakan antara ribuan rakyat yang menghadiri perhimpunan 16 september di Kelana Jaya masih lagi menaruh harapan yang tinggi berlakunya pertukaran kerajaan dalam masa terdekat.Tidak sanggup rasanya melihat negara yang tercinta ini dipimpin oleh para pemimpin yang rakus merompak kekayaan negara.Terbaru Dato’ Seri anwar Ibrahim membuat pengumuman beliau akan mengumumkan tarikh baru penghijrahan para MP Barisan Nasional.Saya tidak terperanjat dengan tindakan berhati-hati beliau.Kita semua sedia maklum pelbagai usaha diambil untuk menghalang berlakunya pertukaran kerajaan.Dari kisah penangguhan sidang parlimen hinggalah kepada drama penculikan para MP Barisan Nasional jelas membuktikan para pemimpin UMNO turut merasai tempias permainan politik Dato Seri Anwar Ibrahim.

Isnin ini bersamaan 13 Oktober bermula kembali sidang Parlimen.Pastinya setiap tindakan serta gerak laku Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan deperhatikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia.Dari segi logik akal insan yang waras DSAI tidak akan mencanang-canangkan beliau sudah punya bilangan MP yang cukup untuk membentuk kerajaan baru tanpa bukti kerana hanya orang bodoh dan gila sahaja akan menjatuhkan kredibeliti sendiri tetapi saya yakin DSAI punya perancangan yang cukup teliti bagi menyelamatkan negara kita ini dari menjadi hak milik eksklusif UMNO dan Barisan Nasional.Bermula Isnin ini pasti pelbagai kejutan akan berlaku dari hari ke hari.Biarkan juak-juak Umno terus berkecamuk menghadapi pemilihan akan datang.Dipihak pakatan rakyat perlu terus bekerja bagi merealisasikan impian pembentukan Malaysia baru.

Harapan seluruh rakyat Malaysia kini tertumpu kepada DSAI.Kami sudah muak dengan media yang berat sebelah,isu perpaduan kaum yang dieksploitasi,rasuah yang berleluasa,badan kehakiman yang diragui,kos sara hidup yang tinggi dan kekayaan negara milik individu tertentu.Insyallah laluan ke Putrajaya bakal tiba tak lama lagi.

Lawak Antarabangsa Khalil Yaakob.

Filed under: Umum — fendimalik @ 1:50 pm

Hari ini akhbar arus perdana melaporkan penganugerahan Darjah Kebesaran oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob kepada bintang Bollywood terkenal Shah Rukh Khan.Saya tidak pasti atas dasar apa Darjah Kebesaran ini diberikan.Seluruh rakyat Malaysia pasti tertanya-tanya apa sumbangan SHah Rukh Khan kepada industri hiburan dinegara kita hingga membolehkan beliau menerima Darjah Kebesaran tersebut.Adakah kita sudah ketandusan tokoh seni untuk dihargai?Begitu ramai anak seni di Malaysia ini yang berjuang sepanjang hayat memertabatkan industri seni dinegara kita yang perlu dihargai.

Bicara saya bersama-sama teman sekuliah merumuskan mungkin Tun Khalil Yaakob ini merupakan peminat No 1 Shah Rukh Khan hingga menyebabkan beliau begitu teruja ingin menganugerahkan pangkat ‘Datuk’ kepada bintang Bollywood ini.Belakangan ini timbul isu penganugerahan Darjah Kebesaran ini perlu dihadkan,bukan sewenang-wenangnya seseorang itu boleh dianugerahkan Darjah kebesaran tersebut.Kita semestinya tidak mahu Darjah kebesaran yang diberikan ini menjadi bahan persendaan rakyat.Biarlah mereka yang benar-benar layak untuk diiktiraf sebagai insan yang berjasa kepada negara,bangsa dan agama.

Saya melihat perlunya satu makanisma kawalan terhadap penganugerahan darjah kebesaran ini kerana ianya melibatkan maruah institusi Beraja negara kita.Mungkin suara-suara protes berterusan dari rakyat mampu menyedarkan Tun Khalil Yaakob peri pentingnya menilai kredibeliti penerima anugerah pada masa-masa akan datang.Jangan jadi seperti kata pepatah melayu “Kera dihutan disusukan tetapi anak sendiri diabaikan”

October 8, 2008

Sayonara Dolah Badawi..Najib sebagai pengganti.

Filed under: Politik — fendimalik @ 3:08 pm

Teka-teki akhirnya terjawab hari ini apabila Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden parti pada pemilihan UMNO mac ini.Seperti yang dijangka desakkan dari banyak pihak menyebabkan beliau terpaksa mempercepatkan proses peralihan kuasa walaupun dinafikan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.Gerakan mendesak Dato’ Seri Abdullah cukup terancang dan teratur hingga berjaya meletakan Dato Sri Abdullah dalam kondisi cukup tertekan.Umum mengetahui beliau sedaya upaya menyelamatkan kerjaya politiknya selepas pilihan raya umum yang lalu. Nadanya cukup berlainan apabila mengumumkan keputusan beliau di PWTC petang tadi.

Persoalanya adakah Dato Seri Najib benar-benar pemimpin yang layak untuk menggantikan beliau.Isu komisyen pembelian kapal selam tidak terjawab.Isu penasihat politik beliau,Abdul Razak Baginda turut mencemar kredebiliti beliau sebagai bakal pemimpin  NO 1 negara.Adakah pemimpin tidak bermoral ingin kita angkat sebagai Perdana Menteri?Ini yang akan menjadi kegusaran kepada semua.Saya menyeru kepada semua Bahagian UMNO yang akan mula bermesyuarat mulai esok..masa depan rakyat Malaysia perlu diletakan sebagai parioriti bukan kepentingan peribadi pemimpin yang rakus merompak kekayaan negara untuk kepentingan peribadi.

Program Jejak Fakir Keadilan N9 Menginsafkan.

Filed under: Umum — fendimalik @ 2:35 pm

Aku baru selesai melawat blog-blog wajib yang biasa aku lawati.Blog Chegubard cukup menginsafkan dengan memaparkan golongan kurang bernasib baik di Negeri Semnilan.Walaupun ada sesetengah pihak masih lagi mempertikaikan tindakan Chegubard yang kononya mempolitikakan bantuan yang diberikan tetapi bagi aku tindakan Chegubard itu punya kewajaranya.Juak-Juak UMNO masih lagi dengan kedengkianya sedangkan masih ramai lagi masyarakat yang tertinggal dan hidup susah dalam arus pembangunan ketika ini terutamanya di Negeri Sembilan .Aku selitkan juga gambar-gambar dari blog Chegubard untuk sama-sama kita menyemai rasa ihsan sesama manusia.

CIKGU…

Filed under: Umum — fendimalik @ 1:54 pm

Sajak ini kutuju Khas buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang bakal memulakan profesion perguruan..

Teristimewa buat Herda Husniza …salam perjuangan..

Dialah pemberi paling setia,

Tiap akar ilmu miliknya,

Pelita dan lampu segala,

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa;

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat,

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,

Pemimpin yang ditauliahkan,

Seribu tahun katanya menjadi hikmat;

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca;

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,

Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,

Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu,

Dia adalah guru mewakili seribu buku,

Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa,

Semakin bererti tugasnya kepada negara;

Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku,

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

, Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat,

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

October 6, 2008

Kem Menteri Besar Vs Zahid Hamidi

Filed under: Politik — fendimalik @ 11:54 am

Mesyuarat Bahagian Umno semakin hampir tarikhnya.Kemeriahan raya tahun ini turut memperlihat kan kemeriahan calon-calon Umno menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti.Pemilihan kali ini cukup dramatik kerana kerusi Timbalan Presiden akan dikosongkan oleh Dato’ seri Najib Tun Razak walaupun Pak Lah masih belum membuat sebarang keputusan rasmi tetapi rata-rata ahli akar umbi Umno dapat membaca gerak tari politik kali ini.

Agak lucu melihat gelagat para pemimpin tertinggi Umno dalam percaturan politik mereka.Ada yang umpama alim-alim kucing kononya tidak mahu mengumumkan jawatan yang bakal ditandingi kerana menghormati dan menunggu keputusan rasmi dari Pak Lah,ada yang siang-siang menwarkan diri sebagai perdsediaan awal untuk bertanding(Dato’ Zahid Hamidi) dan ada yang mempersendakan tindakan orang lain yang meanwarkan diri untuk bertanding(Tok Mad Hasan-MbN.Sembilan)

PemIhan Umno yang lepas melihat kem  Menteri Besar menguasai AJK tertinggi Umno.Mungkin para MB ini punyai percaturan mereka yang tersendiri.Kesediaan Ketua Menteri Melaka Dato’ Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu jelas menunjukan para MB ini punyai agenda mereka tersendiri.Saya secara peribadi melihat suatu persaingan yang sihat dalam Umno jika semua ahli dengan bebas boleh menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti.Tindakan MB Negeri Sembilan membantah tindakan Dato Zahid Hamidi cukup memalukan dan memualkan.Usah bicara soal seniority tetapi lihat lah siapa yang hak untuk mengisi posisi tersebut.Biarlah demokrasi hidup subur dalam UMNO yang perlu penjenamaan semula.Biarlah ahli akar umbi yang menetukan masa depan parti mereka bukan sesetengah pemimipin rakus yang gilakan kuasa dan kedudukan.

October 3, 2008

Kenapa Pakatan Rakyat..

Filed under: Politik — fendimalik @ 1:48 pm

(Catatan Pengalaman Peribadi mencari kebenaran Politik Malaysia)

Politik memang asyik untuk dibicarakan.Dari segenap lapisan masyarakat akan teruja dan seolah-olah merekalah juara apabila berbicara soal politik.Ada saudara yang tidak bertegur sapa dek kerana perbezaan fahaman politik.Ada keluarga yang menolak pinangan juga kerana perbezaan fahaman politik.Betapa hebatnya impak dan kesan politik kepada kehidupan masyarakat dinegara kita.Ada pendapat mengatakan orang Melayu sangat gemar berpolitik.Walaupun pendapat ini tidak dapat dibuktikan secara langsung tetapi masyarakat Melayu amat sensitif apabila hak-hak politik mereka disentuh dan diperkotak-katikan.

Aku mula berminat soal politik sejak dari Matrikulasi lagi.Mungkin kerana suasana ilmiah dan keintelektualan menyebabkan aku gemar menghadiri forum,diskusi,perdebatan dan seminar yang menyentuh soal agama,bangsa,kepimpinan dan negara.Aku masih ingat lagi pesanan yang masih segar dalam ingatan dari seorang ustazah yang menjadi azimat sehingga kini.Satu hadis NAbi s.a.w

“Sesiapa(orang islam) yang tidak mengambil berat hal-hal saudara mereka

bukanlah dari golongan ku”’

Hadis ini cukup memberi kesan dan aku mula meminati politik dengan dokterin bahawa sebagai seorang muslim menjadi tanggunjawab aku untuk mengetahui dan mengambil berat soal saudara seagama.Aku mula  memupuk minat membaca.Sebarang akhbar dan majalah yang aku kira mampu menambah kefahaman terhadap suasana politik negara aku beli.Kenalan ku yang rata-ratanya datang dari pantai timur turut mempengaruhi idealogi politik ketika itu.Masih segar dalam ingatanku tatkala pilihan raya umum 2004 aku menawarkan khidmat bakti sebagai perayu undi PAS.Aku cukup seronok dan teruja walaupun ketika itu umurku masih belum membolehkan aku mengundi.Di DUN Gombak Setia aku  berkampung bersama teman-teman seangkatan menaburkan khidmat bakti semata-mata ingin melihat kemenangan Parti Pembangkang ketika itu walaupun aku sering juga sangsi kerana propaganda yang cukup hebat dari media massa yang dikuasai pemerintah.

Kekalahan Pakatan Rakyat ketika itu betul-betul menyentap semangat aku .Kemenangan Barisan Nasional kerana faktor ‘Pak Lah’ dan harapan baru yang dijanjikan menyebabkan undi protes pada tahun 1998 kembali kepada Barisan Nasional.Aku merasakan seolah-olah tiada tempat untuk politik pembangkang di negara ini.Rentetan kemenangan ini menyasikan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ramai yang menyangka laungan reformasi yang menjadi slogan pada tahun 1998 telah berkubur bersama karier politik DSAI.Aku juga kurang mengenali DSAI kerana ketika beliau dipecat aku masih lagi dalam tingkatan satu.Begitu naif untuk memahami politik negara.Kepulangan DSAI sebenarnya membawa satu sinar baru dalam politik negara.Walaupun media berusaha sedaya upaya untuk mengekang kemunculan beliau tetapi tiada siapa dapat menghalang kebangkitan media baru seperti blog dan website.DSAI memang cukup dikenali sebagai seorang politikius yang bijak mengambil peluang.

Aku mula tertanya-tanya siapakah insan bergelar Anwar Ibrahim ini.Atas semangat ingin tahu yang menebal setiap aktiviti dan cd ceramah beliau aku jadikan sebagai rujukan untuk menilai kebenaran dan cerita dari mulut ke mulut yang aku dengar.Kebetulan aku turut bergiat aktif dalam PKPIM yang merupakan wadah kepada DSAI satu ketika dahulu.Aku tidak cepat tepengaruh..dakwaan liwat yang dikenakan terhadap beliau turut menjadi bahan kajian untuk aku mencari kebenaran yang hakiki.Nyata selama ini aku ditipu oleh media massa yang berat sebelah melaporkan perkara-perkara palsu dan memperbodohklan rakyat.

Menghadiri ceramah-ceramah pembangkang menjadi aktiviti baru dalam diari hidupku.Aku mula menghadam dan membandingkan dengan laporan media arus perdana.Untuk berlaku adil,aku sanggup menghadiri mesyuarat cawangan Umno semata-mata ingin menilai pola pemikiran kedua-dua belah pihak.Umpama langit dan bumi.Di sebelah pihak Pakatan Rakyat,mereka bicara soal ekonomi,ketelusan dalam pentadbiran,bangsa Malaysia yang mendukung perlembagaan dan kekayaan negara dikongsi bersama manakala di pihak UMNO-Barisan Nasional masih lagi bicara politik sempit perkauman.Aku secara jujur terpaksa mengakui UMNO kini dipenuhi oleh orang-orang yang Dungu dan berfikiran sempit.Benarlah teori seorang tokoh sains politik, sesebuah kerajaan akan hanya mampu bertahan selama tiga generasi.Umno kini dipenuhi oleh ganerasi ketiga dan sudah tiba masanya untuk menerima penolakan dari rakyat.

Atas rasa tidak mahu diperbodohkan aku memilih Pakatan Rakyat.Orang Umno sendiri mengakui mereka menolak golongan intelektual maka bersedialah golongan dungu ini untuk ditolak.Aku cukup tekad dengan pilihan ini kerana UMNO sudah tidak releven untuk  melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya maju.

Next Page »

Blog at WordPress.com.