@ku bud@k min@ng

October 3, 2008

Kenapa Pakatan Rakyat..

Filed under: Politik — fendimalik @ 1:48 pm

(Catatan Pengalaman Peribadi mencari kebenaran Politik Malaysia)

Politik memang asyik untuk dibicarakan.Dari segenap lapisan masyarakat akan teruja dan seolah-olah merekalah juara apabila berbicara soal politik.Ada saudara yang tidak bertegur sapa dek kerana perbezaan fahaman politik.Ada keluarga yang menolak pinangan juga kerana perbezaan fahaman politik.Betapa hebatnya impak dan kesan politik kepada kehidupan masyarakat dinegara kita.Ada pendapat mengatakan orang Melayu sangat gemar berpolitik.Walaupun pendapat ini tidak dapat dibuktikan secara langsung tetapi masyarakat Melayu amat sensitif apabila hak-hak politik mereka disentuh dan diperkotak-katikan.

Aku mula berminat soal politik sejak dari Matrikulasi lagi.Mungkin kerana suasana ilmiah dan keintelektualan menyebabkan aku gemar menghadiri forum,diskusi,perdebatan dan seminar yang menyentuh soal agama,bangsa,kepimpinan dan negara.Aku masih ingat lagi pesanan yang masih segar dalam ingatan dari seorang ustazah yang menjadi azimat sehingga kini.Satu hadis NAbi s.a.w

“Sesiapa(orang islam) yang tidak mengambil berat hal-hal saudara mereka

bukanlah dari golongan ku”’

Hadis ini cukup memberi kesan dan aku mula meminati politik dengan dokterin bahawa sebagai seorang muslim menjadi tanggunjawab aku untuk mengetahui dan mengambil berat soal saudara seagama.Aku mula  memupuk minat membaca.Sebarang akhbar dan majalah yang aku kira mampu menambah kefahaman terhadap suasana politik negara aku beli.Kenalan ku yang rata-ratanya datang dari pantai timur turut mempengaruhi idealogi politik ketika itu.Masih segar dalam ingatanku tatkala pilihan raya umum 2004 aku menawarkan khidmat bakti sebagai perayu undi PAS.Aku cukup seronok dan teruja walaupun ketika itu umurku masih belum membolehkan aku mengundi.Di DUN Gombak Setia aku  berkampung bersama teman-teman seangkatan menaburkan khidmat bakti semata-mata ingin melihat kemenangan Parti Pembangkang ketika itu walaupun aku sering juga sangsi kerana propaganda yang cukup hebat dari media massa yang dikuasai pemerintah.

Kekalahan Pakatan Rakyat ketika itu betul-betul menyentap semangat aku .Kemenangan Barisan Nasional kerana faktor ‘Pak Lah’ dan harapan baru yang dijanjikan menyebabkan undi protes pada tahun 1998 kembali kepada Barisan Nasional.Aku merasakan seolah-olah tiada tempat untuk politik pembangkang di negara ini.Rentetan kemenangan ini menyasikan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ramai yang menyangka laungan reformasi yang menjadi slogan pada tahun 1998 telah berkubur bersama karier politik DSAI.Aku juga kurang mengenali DSAI kerana ketika beliau dipecat aku masih lagi dalam tingkatan satu.Begitu naif untuk memahami politik negara.Kepulangan DSAI sebenarnya membawa satu sinar baru dalam politik negara.Walaupun media berusaha sedaya upaya untuk mengekang kemunculan beliau tetapi tiada siapa dapat menghalang kebangkitan media baru seperti blog dan website.DSAI memang cukup dikenali sebagai seorang politikius yang bijak mengambil peluang.

Aku mula tertanya-tanya siapakah insan bergelar Anwar Ibrahim ini.Atas semangat ingin tahu yang menebal setiap aktiviti dan cd ceramah beliau aku jadikan sebagai rujukan untuk menilai kebenaran dan cerita dari mulut ke mulut yang aku dengar.Kebetulan aku turut bergiat aktif dalam PKPIM yang merupakan wadah kepada DSAI satu ketika dahulu.Aku tidak cepat tepengaruh..dakwaan liwat yang dikenakan terhadap beliau turut menjadi bahan kajian untuk aku mencari kebenaran yang hakiki.Nyata selama ini aku ditipu oleh media massa yang berat sebelah melaporkan perkara-perkara palsu dan memperbodohklan rakyat.

Menghadiri ceramah-ceramah pembangkang menjadi aktiviti baru dalam diari hidupku.Aku mula menghadam dan membandingkan dengan laporan media arus perdana.Untuk berlaku adil,aku sanggup menghadiri mesyuarat cawangan Umno semata-mata ingin menilai pola pemikiran kedua-dua belah pihak.Umpama langit dan bumi.Di sebelah pihak Pakatan Rakyat,mereka bicara soal ekonomi,ketelusan dalam pentadbiran,bangsa Malaysia yang mendukung perlembagaan dan kekayaan negara dikongsi bersama manakala di pihak UMNO-Barisan Nasional masih lagi bicara politik sempit perkauman.Aku secara jujur terpaksa mengakui UMNO kini dipenuhi oleh orang-orang yang Dungu dan berfikiran sempit.Benarlah teori seorang tokoh sains politik, sesebuah kerajaan akan hanya mampu bertahan selama tiga generasi.Umno kini dipenuhi oleh ganerasi ketiga dan sudah tiba masanya untuk menerima penolakan dari rakyat.

Atas rasa tidak mahu diperbodohkan aku memilih Pakatan Rakyat.Orang Umno sendiri mengakui mereka menolak golongan intelektual maka bersedialah golongan dungu ini untuk ditolak.Aku cukup tekad dengan pilihan ini kerana UMNO sudah tidak releven untuk  melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya maju.

Blog at WordPress.com.