Mesyuarat Bahagian Umno semakin hampir tarikhnya.Kemeriahan raya tahun ini turut memperlihat kan kemeriahan calon-calon Umno menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti.Pemilihan kali ini cukup dramatik kerana kerusi Timbalan Presiden akan dikosongkan oleh Dato’ seri Najib Tun Razak walaupun Pak Lah masih belum membuat sebarang keputusan rasmi tetapi rata-rata ahli akar umbi Umno dapat membaca gerak tari politik kali ini.
Agak lucu melihat gelagat para pemimpin tertinggi Umno dalam percaturan politik mereka.Ada yang umpama alim-alim kucing kononya tidak mahu mengumumkan jawatan yang bakal ditandingi kerana menghormati dan menunggu keputusan rasmi dari Pak Lah,ada yang siang-siang menwarkan diri sebagai perdsediaan awal untuk bertanding(Dato’ Zahid Hamidi) dan ada yang mempersendakan tindakan orang lain yang meanwarkan diri untuk bertanding(Tok Mad Hasan-MbN.Sembilan)
PemIhan Umno yang lepas melihat kemĀ Menteri Besar menguasai AJK tertinggi Umno.Mungkin para MB ini punyai percaturan mereka yang tersendiri.Kesediaan Ketua Menteri Melaka Dato’ Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu jelas menunjukan para MB ini punyai agenda mereka tersendiri.Saya secara peribadi melihat suatu persaingan yang sihat dalam Umno jika semua ahli dengan bebas boleh menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti.Tindakan MB Negeri Sembilan membantah tindakan Dato Zahid Hamidi cukup memalukan dan memualkan.Usah bicara soal seniority tetapi lihat lah siapa yang hak untuk mengisi posisi tersebut.Biarlah demokrasi hidup subur dalam UMNO yang perlu penjenamaan semula.Biarlah ahli akar umbi yang menetukan masa depan parti mereka bukan sesetengah pemimipin rakus yang gilakan kuasa dan kedudukan.