@ku bud@k min@ng

October 8, 2008

Sayonara Dolah Badawi..Najib sebagai pengganti.

Filed under: Politik — fendimalik @ 3:08 pm

Teka-teki akhirnya terjawab hari ini apabila Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden parti pada pemilihan UMNO mac ini.Seperti yang dijangka desakkan dari banyak pihak menyebabkan beliau terpaksa mempercepatkan proses peralihan kuasa walaupun dinafikan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.Gerakan mendesak Dato’ Seri Abdullah cukup terancang dan teratur hingga berjaya meletakan Dato Sri Abdullah dalam kondisi cukup tertekan.Umum mengetahui beliau sedaya upaya menyelamatkan kerjaya politiknya selepas pilihan raya umum yang lalu. Nadanya cukup berlainan apabila mengumumkan keputusan beliau di PWTC petang tadi.

Persoalanya adakah Dato Seri Najib benar-benar pemimpin yang layak untuk menggantikan beliau.Isu komisyen pembelian kapal selam tidak terjawab.Isu penasihat politik beliau,Abdul Razak Baginda turut mencemar kredebiliti beliau sebagai bakal pemimpin  NO 1 negara.Adakah pemimpin tidak bermoral ingin kita angkat sebagai Perdana Menteri?Ini yang akan menjadi kegusaran kepada semua.Saya menyeru kepada semua Bahagian UMNO yang akan mula bermesyuarat mulai esok..masa depan rakyat Malaysia perlu diletakan sebagai parioriti bukan kepentingan peribadi pemimpin yang rakus merompak kekayaan negara untuk kepentingan peribadi.

Program Jejak Fakir Keadilan N9 Menginsafkan.

Filed under: Umum — fendimalik @ 2:35 pm

Aku baru selesai melawat blog-blog wajib yang biasa aku lawati.Blog Chegubard cukup menginsafkan dengan memaparkan golongan kurang bernasib baik di Negeri Semnilan.Walaupun ada sesetengah pihak masih lagi mempertikaikan tindakan Chegubard yang kononya mempolitikakan bantuan yang diberikan tetapi bagi aku tindakan Chegubard itu punya kewajaranya.Juak-Juak UMNO masih lagi dengan kedengkianya sedangkan masih ramai lagi masyarakat yang tertinggal dan hidup susah dalam arus pembangunan ketika ini terutamanya di Negeri Sembilan .Aku selitkan juga gambar-gambar dari blog Chegubard untuk sama-sama kita menyemai rasa ihsan sesama manusia.

CIKGU…

Filed under: Umum — fendimalik @ 1:54 pm

Sajak ini kutuju Khas buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang bakal memulakan profesion perguruan..

Teristimewa buat Herda Husniza …salam perjuangan..

Dialah pemberi paling setia,

Tiap akar ilmu miliknya,

Pelita dan lampu segala,

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa;

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat,

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,

Pemimpin yang ditauliahkan,

Seribu tahun katanya menjadi hikmat;

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca;

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,

Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,

Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu,

Dia adalah guru mewakili seribu buku,

Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa,

Semakin bererti tugasnya kepada negara;

Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku,

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

, Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat,

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Blog at WordPress.com.