Teka-teki akhirnya terjawab hari ini apabila Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden parti pada pemilihan UMNO mac ini.Seperti yang dijangka desakkan dari banyak pihak menyebabkan beliau terpaksa mempercepatkan proses peralihan kuasa walaupun dinafikan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.Gerakan mendesak Dato’ Seri Abdullah cukup terancang dan teratur hingga berjaya meletakan Dato Sri Abdullah dalam kondisi cukup tertekan.Umum mengetahui beliau sedaya upaya menyelamatkan kerjaya politiknya selepas pilihan raya umum yang lalu. Nadanya cukup berlainan apabila mengumumkan keputusan beliau di PWTC petang tadi.
Persoalanya adakah Dato Seri Najib benar-benar pemimpin yang layak untuk menggantikan beliau.Isu komisyen pembelian kapal selam tidak terjawab.Isu penasihat politik beliau,Abdul Razak Baginda turut mencemar kredebiliti beliau sebagai bakal pemimpin NO 1 negara.Adakah pemimpin tidak bermoral ingin kita angkat sebagai Perdana Menteri?Ini yang akan menjadi kegusaran kepada semua.Saya menyeru kepada semua Bahagian UMNO yang akan mula bermesyuarat mulai esok..masa depan rakyat Malaysia perlu diletakan sebagai parioriti bukan kepentingan peribadi pemimpin yang rakus merompak kekayaan negara untuk kepentingan peribadi.
