Hari ini akhbar arus perdana melaporkan penganugerahan Darjah Kebesaran oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob kepada bintang Bollywood terkenal Shah Rukh Khan.Saya tidak pasti atas dasar apa Darjah Kebesaran ini diberikan.Seluruh rakyat Malaysia pasti tertanya-tanya apa sumbangan SHah Rukh Khan kepada industri hiburan dinegara kita hingga membolehkan beliau menerima Darjah Kebesaran tersebut.Adakah kita sudah ketandusan tokoh seni untuk dihargai?Begitu ramai anak seni di Malaysia ini yang berjuang sepanjang hayat memertabatkan industri seni dinegara kita yang perlu dihargai.
Bicara saya bersama-sama teman sekuliah merumuskan mungkin Tun Khalil Yaakob ini merupakan peminat No 1 Shah Rukh Khan hingga menyebabkan beliau begitu teruja ingin menganugerahkan pangkat ‘Datuk’ kepada bintang Bollywood ini.Belakangan ini timbul isu penganugerahan Darjah Kebesaran ini perlu dihadkan,bukan sewenang-wenangnya seseorang itu boleh dianugerahkan Darjah kebesaran tersebut.Kita semestinya tidak mahu Darjah kebesaran yang diberikan ini menjadi bahan persendaan rakyat.Biarlah mereka yang benar-benar layak untuk diiktiraf sebagai insan yang berjasa kepada negara,bangsa dan agama.
Saya melihat perlunya satu makanisma kawalan terhadap penganugerahan darjah kebesaran ini kerana ianya melibatkan maruah institusi Beraja negara kita.Mungkin suara-suara protes berterusan dari rakyat mampu menyedarkan Tun Khalil Yaakob peri pentingnya menilai kredibeliti penerima anugerah pada masa-masa akan datang.Jangan jadi seperti kata pepatah melayu “Kera dihutan disusukan tetapi anak sendiri diabaikan”