@ku bud@k min@ng

October 11, 2008

Peralihan Kuasa Vs Mesyuarat UMNO

Filed under: Politik — fendimalik @ 2:43 pm

Saban hari berita menyiarkan kerancakan pemilihan agong UMNO yang bakal berlangsung Mac ini.Dari kronologi keputusan Pak Lah tidak mengekalkan jawatan presiden parti hinggalah tindakan pak lawak(meminjam istilah Tun Mahathir) dari Perlis menawarkan diri bertanding jawatan Presiden.Saya tidak berminat mengulas isu pertandingan para peminpin UMNO ini kerana dari jawatan Presiden Parti hinggalah ke jawatan Ketua Pemuda semua yang menawarkan diri adalah perasuah dan perompak kekayaan negara.Saya menjadi begitu mual melihat para calon UMNO yang menawarkan diri terdiri dari para tokoh yang bermasalah.Dato’ Najib dengan isu komisyen yang tidak terjawab,Tan Sri Muhd Taib dengan isu moral dan melarikan wang ke Australianya,Tan Sri Isa Samad dengan isu tanah di negeri Sembilan dan bakal ketua pemuda khairy Jamaluddin yang tamak membolot kontrak-kontrak kerajaan.

Rata-rata rakyat yang berharap pertukaran kerajaan yang diharapkan berlaku secepat yang mungkin kini tinggal harapan.Saya yang merupakan antara ribuan rakyat yang menghadiri perhimpunan 16 september di Kelana Jaya masih lagi menaruh harapan yang tinggi berlakunya pertukaran kerajaan dalam masa terdekat.Tidak sanggup rasanya melihat negara yang tercinta ini dipimpin oleh para pemimpin yang rakus merompak kekayaan negara.Terbaru Dato’ Seri anwar Ibrahim membuat pengumuman beliau akan mengumumkan tarikh baru penghijrahan para MP Barisan Nasional.Saya tidak terperanjat dengan tindakan berhati-hati beliau.Kita semua sedia maklum pelbagai usaha diambil untuk menghalang berlakunya pertukaran kerajaan.Dari kisah penangguhan sidang parlimen hinggalah kepada drama penculikan para MP Barisan Nasional jelas membuktikan para pemimpin UMNO turut merasai tempias permainan politik Dato Seri Anwar Ibrahim.

Isnin ini bersamaan 13 Oktober bermula kembali sidang Parlimen.Pastinya setiap tindakan serta gerak laku Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan deperhatikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia.Dari segi logik akal insan yang waras DSAI tidak akan mencanang-canangkan beliau sudah punya bilangan MP yang cukup untuk membentuk kerajaan baru tanpa bukti kerana hanya orang bodoh dan gila sahaja akan menjatuhkan kredibeliti sendiri tetapi saya yakin DSAI punya perancangan yang cukup teliti bagi menyelamatkan negara kita ini dari menjadi hak milik eksklusif UMNO dan Barisan Nasional.Bermula Isnin ini pasti pelbagai kejutan akan berlaku dari hari ke hari.Biarkan juak-juak Umno terus berkecamuk menghadapi pemilihan akan datang.Dipihak pakatan rakyat perlu terus bekerja bagi merealisasikan impian pembentukan Malaysia baru.

Harapan seluruh rakyat Malaysia kini tertumpu kepada DSAI.Kami sudah muak dengan media yang berat sebelah,isu perpaduan kaum yang dieksploitasi,rasuah yang berleluasa,badan kehakiman yang diragui,kos sara hidup yang tinggi dan kekayaan negara milik individu tertentu.Insyallah laluan ke Putrajaya bakal tiba tak lama lagi.

2 Comments »

  1. ateh..baca ni… http://www.malaysiakini.com/columns/90814
    bile stat cuti?

    Comment by adik — October 17, 2008 @ 7:36 am

  2. Assalamualaikum.
    Sy agak tertarik juga dengan DSAI ni.Mana tidaknya,beliau merupakan seorang tokoh yang berwibawa.Yang lantang menyuarakan pendapat,berpandangn jauh.

    Keberaniannya untuk memegang tampuk pimpinan negara sememangnya ditunggu2.Namun,dari hari ke hari,saya rasakan apa yang dicanangkan DSAI(untuk menubuhkan kerajaan) agak tidak logik dan penyokong2 DSAI hanya menantikan bua yang tidak akan gugur.

    Apa pandangn penulis?(jwpn yg tidak taksub dgn DSAI dipinta)kerana sepermana yang kita tahu,taasubnya seseoang kepada orang,akan melemahkan bangsa itu sendiri..

    -sedare-

    Comment by lyannayahya — October 26, 2008 @ 4:07 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.