Alhamdulillah,telah hampir 2 minggu saya sibuk dengan tugasan di kampus sempat saya mencuri sedikit masa untuk mencoret sedikit pengalaman buat tatapan teman serta sahabat yang sudi mengunjungi blog saya.segala komen dan pandangan membina amat-amat saya raikan kerana asas dalam membentuk kerangka pemikiran intelek adalah melaui diskusi dan pembacaan.
Banyak pandangan yang diberikan membuatkan saya benar-benar teharu kerana dalam kekalutan dan kebekuan intelektual mahasiswa yang sering diperkatakan sebenarnya masih terdapat ramai lagi mahasiswa yang mampu berfikir dan berhujah secara kritis berdasarkan nilai ilmu dan fakta yang sahih.
Minggu ini saya sempat berdiskusi bersama teman-teman di kampus membicara kan soal runtuhnya nilai-nilai ilmiah di Universiti terutama di UNISEL tempat saya berkampung selama 3 tahun bagi mengejar segulung ijazah.Program-program yang dianjurkan sekadar memenuhi kantung persatuan,rendahnya nilai-nilai intelektual dalam setiap program dan nilai-nilai hedonisme melampau menggusarkan saya dan teman-teman sekuliah.Saya mencadangkan perlunya satu ‘kumpulan pendesak ‘ bagi menyedarkan massa di kampus akan peri pentingnya minda mereka diisi sebagaimana pentingnya mereka mengisi perut-perut mereka saban hari.Bagi teman-teman sekampus yang mengujungi blog ini saya menyeru dan merayu supaya bersama-sama menyahut gendang perang yang bakal saya lancarkan bersama rakan-rakan se fikrah untuk kita sama-sama mengangkat nilai dan martabat mahasiswa itu ke tempat sepatutnya.Bukan untuk menjadi pembrontak tetapi bagi saya pembrontakan bersebab itu perlu bagi menyedarkan mereka-mereka yang masih tercari-cari nilai terbaik yang perlu dijadikan paksi.
Isu mahasiswa nasional turut menarik perhatian saya minggu ini.Pilihan Raya kampus yang berlangsung terus menjadi kontrovesi apabila sistem e-voting terus dipertikai ketelusanya.Saya agak lucu melihat ketakutan pihak pemerintah mengguna segenap jentera yang ada menyekat kemenangan pro mahasiswa.Apa sebenar yang berlaku dinegara kita?Sudahlah pilihan Raya Umum tidak adil dan telus,Pilihan Raya Kampus turut dicabul bagi menunjukan merekalah Raja..merekalah penguasa.Tidak sedarkah Pak-Pak Menteri mahasiswa ini aset negara?Sebenarnya merekalah yang membunuh nilai intelektual mahasiswa.Saya tidak terkejut dengan kemerosotan rangking IPTA di Malaysia jika terlalu banyak campur tangan Pak-Pak Menteri yang dungu,hanya mengutamakan kerier politik mereka.
Akhir sekali,sorotan seminggu ini saya akhiri dengan melontarkan satu isu yang perlu para pengujung blog ini fikirkan bersama.Isu program realiti melibatkan kanak-kanak dinegara ini.Seawal usia muda mereka didedahkan untuk menyanyi,menari dan berhibur.Kalau kerjaya artis yang didedahkan kepada kanak-kanak ini siapa yang bakal menjadi Doktor,jurutera,guru,ustaz dan pemimpin negara kalau glamour menjadi keutamaan.Barah yang semakin menular dikalangan masyarakat ini perlu dibendung sebelum bangsa musnah dengan program realiti yang tidak membawa sebarang faedah.