@ku bud@k min@ng

October 3, 2008

Kenapa Pakatan Rakyat..

Filed under: Politik — fendimalik @ 1:48 pm

(Catatan Pengalaman Peribadi mencari kebenaran Politik Malaysia)

Politik memang asyik untuk dibicarakan.Dari segenap lapisan masyarakat akan teruja dan seolah-olah merekalah juara apabila berbicara soal politik.Ada saudara yang tidak bertegur sapa dek kerana perbezaan fahaman politik.Ada keluarga yang menolak pinangan juga kerana perbezaan fahaman politik.Betapa hebatnya impak dan kesan politik kepada kehidupan masyarakat dinegara kita.Ada pendapat mengatakan orang Melayu sangat gemar berpolitik.Walaupun pendapat ini tidak dapat dibuktikan secara langsung tetapi masyarakat Melayu amat sensitif apabila hak-hak politik mereka disentuh dan diperkotak-katikan.

Aku mula berminat soal politik sejak dari Matrikulasi lagi.Mungkin kerana suasana ilmiah dan keintelektualan menyebabkan aku gemar menghadiri forum,diskusi,perdebatan dan seminar yang menyentuh soal agama,bangsa,kepimpinan dan negara.Aku masih ingat lagi pesanan yang masih segar dalam ingatan dari seorang ustazah yang menjadi azimat sehingga kini.Satu hadis NAbi s.a.w

“Sesiapa(orang islam) yang tidak mengambil berat hal-hal saudara mereka

bukanlah dari golongan ku”’

Hadis ini cukup memberi kesan dan aku mula meminati politik dengan dokterin bahawa sebagai seorang muslim menjadi tanggunjawab aku untuk mengetahui dan mengambil berat soal saudara seagama.Aku mula  memupuk minat membaca.Sebarang akhbar dan majalah yang aku kira mampu menambah kefahaman terhadap suasana politik negara aku beli.Kenalan ku yang rata-ratanya datang dari pantai timur turut mempengaruhi idealogi politik ketika itu.Masih segar dalam ingatanku tatkala pilihan raya umum 2004 aku menawarkan khidmat bakti sebagai perayu undi PAS.Aku cukup seronok dan teruja walaupun ketika itu umurku masih belum membolehkan aku mengundi.Di DUN Gombak Setia aku  berkampung bersama teman-teman seangkatan menaburkan khidmat bakti semata-mata ingin melihat kemenangan Parti Pembangkang ketika itu walaupun aku sering juga sangsi kerana propaganda yang cukup hebat dari media massa yang dikuasai pemerintah.

Kekalahan Pakatan Rakyat ketika itu betul-betul menyentap semangat aku .Kemenangan Barisan Nasional kerana faktor ‘Pak Lah’ dan harapan baru yang dijanjikan menyebabkan undi protes pada tahun 1998 kembali kepada Barisan Nasional.Aku merasakan seolah-olah tiada tempat untuk politik pembangkang di negara ini.Rentetan kemenangan ini menyasikan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ramai yang menyangka laungan reformasi yang menjadi slogan pada tahun 1998 telah berkubur bersama karier politik DSAI.Aku juga kurang mengenali DSAI kerana ketika beliau dipecat aku masih lagi dalam tingkatan satu.Begitu naif untuk memahami politik negara.Kepulangan DSAI sebenarnya membawa satu sinar baru dalam politik negara.Walaupun media berusaha sedaya upaya untuk mengekang kemunculan beliau tetapi tiada siapa dapat menghalang kebangkitan media baru seperti blog dan website.DSAI memang cukup dikenali sebagai seorang politikius yang bijak mengambil peluang.

Aku mula tertanya-tanya siapakah insan bergelar Anwar Ibrahim ini.Atas semangat ingin tahu yang menebal setiap aktiviti dan cd ceramah beliau aku jadikan sebagai rujukan untuk menilai kebenaran dan cerita dari mulut ke mulut yang aku dengar.Kebetulan aku turut bergiat aktif dalam PKPIM yang merupakan wadah kepada DSAI satu ketika dahulu.Aku tidak cepat tepengaruh..dakwaan liwat yang dikenakan terhadap beliau turut menjadi bahan kajian untuk aku mencari kebenaran yang hakiki.Nyata selama ini aku ditipu oleh media massa yang berat sebelah melaporkan perkara-perkara palsu dan memperbodohklan rakyat.

Menghadiri ceramah-ceramah pembangkang menjadi aktiviti baru dalam diari hidupku.Aku mula menghadam dan membandingkan dengan laporan media arus perdana.Untuk berlaku adil,aku sanggup menghadiri mesyuarat cawangan Umno semata-mata ingin menilai pola pemikiran kedua-dua belah pihak.Umpama langit dan bumi.Di sebelah pihak Pakatan Rakyat,mereka bicara soal ekonomi,ketelusan dalam pentadbiran,bangsa Malaysia yang mendukung perlembagaan dan kekayaan negara dikongsi bersama manakala di pihak UMNO-Barisan Nasional masih lagi bicara politik sempit perkauman.Aku secara jujur terpaksa mengakui UMNO kini dipenuhi oleh orang-orang yang Dungu dan berfikiran sempit.Benarlah teori seorang tokoh sains politik, sesebuah kerajaan akan hanya mampu bertahan selama tiga generasi.Umno kini dipenuhi oleh ganerasi ketiga dan sudah tiba masanya untuk menerima penolakan dari rakyat.

Atas rasa tidak mahu diperbodohkan aku memilih Pakatan Rakyat.Orang Umno sendiri mengakui mereka menolak golongan intelektual maka bersedialah golongan dungu ini untuk ditolak.Aku cukup tekad dengan pilihan ini kerana UMNO sudah tidak releven untuk  melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya maju.

October 2, 2008

Dato’ Zahid tawar diri bertanding Timbalan Presiden.

Filed under: Politik — fendimalik @ 5:58 pm

Laporan berita TV 3 malam tadi menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.Adakah ini merupakan signal menujukan Pak Lah tidak akan mengekalkan jawatan pada pemilihan kali ini?.Teka teki ini akan terjawab sebelum mesyurat UMNO yang akan diadakan bermula 9 oktober ini.Dato’ Zahid menyatakan keputusan yang diambil ini merupakan desakan dari ahli akar umbi.

Umum mengenali Dato’ Zahid Hamidi.Beliau dilihat sebagai Menteri yang bersih  serba serbi serta tegas apabila berbicara soal isu berkaitan Islam.Ketegasan beliau merupakn satu ‘political mailage’ dan kualiti inilah yng diperlukan oleh orang-orang UMNO tatkala parti ini dilenda krisis kepimpinan yang teruk belakangan ini.Sejarah juga tidak melupakan tatkala DSAI dipecat dari Kabinet Dato Zahid Hamidi lah merupakn insan yang lantang  mengkritik mantan PM Tun Dr Mahathir.Beliau yang ketika itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan menjadi antara tahanan awal ISA semasa pemecatan DSAI.Selepas beberapa ketika atas tekanan yang cukup hebat beliau kembali kepada UMNO.Kini Dato Zahid kembali ke puncak karier Politiknya.Di harapkan beliau tidak lupa  jasa bekas bosnya DSAI yang pernag menaja beliau sebagai ketua pemuda Umno satu ketika dulu serta berpegang kepada prinsip perjuangan Islami.

Siapa Anwar Ibrahim???

Filed under: Politik — fendimalik @ 12:57 pm

Dato’ Seri Anwar Ibrahim cukup sinonim dengan perjuangan Reformasi rakyat Malaysia.Saya menggambarkan beliau dari kaca mata seorang mahasiswa,setalah saya hadam segala ceramah-ceramah politik beliau saya yakin inilah tokoh pembaharuan yang lahir setiap satu abad..

1. Seorang Melayu yang fasih bahasanya.
2. Seorang Melayu yang memiliki kefahaman agama bahawa Islam itu adalah “addin”.

3. Kefahamannya terhadap budayanya amat tuntas.
4. Kebolehan intelektualnya meluas dan merentasi sempadan budaya.

5. Mampu mengungkapkan inti pati budaya tinggi di pentas antarabangsa.
6. Boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa.

7. Kecintaannya dan kesungguhan membela rakyat bawahan amat nyata.

8. Mampu merealisasikan atau mengkonkritkan ideologinya.

9. Mampu menggerakkan massa mengikut acuannya yang dikehendakinya.

10. Kesanggupannnya menghormati ulama’ dan menjiwai semangat pakatan secara kolektif.

September 29, 2008

Pengakuan Ikhlas Ku Li…

Filed under: Politik — fendimalik @ 5:04 am

Agak lucu apabila membaca pengakuan ikhlas Tengku Razaliegh Hamzah mengenai Dasar Ekonomi Baru(DEB).Beliau dngan jujur mengakui DEB   terdapat pelbagai kelemahan dari segi perlaksanaanya.Sudah puluhan tahun parti-parti pembangkang menentang perlaksanaan DEB yang dikatakan tidak telus,mengayakan krono-kroni tertentu serta berlaku ketirisan dan kebocoran yang sangat jelas baru hari ini Ku Li mengaku dengan ikhlas.Pengakuan yang dibuat dihadapan para blogger sempena majlis berbuka puasa dan sesi wacana bersama blogger itu bertukar menjadi sidang media apabila Ku li diasak dengan pelbagai soalan.(rujuk harakah edisi terbaru)

Saya menyeru kepada semua ahli UMNO yang celik mindanya,tinggalkanlah UMNO demi masa depan negara kita.Parti yang dipenuhi oleh insan-insan rakus ini sudah tidak sesuai lagi  untuk membela nasib Melayu.Umpama menegakan benang yang basah ku Li masih lagi  memertahankan UMNO.Cara yang terbaik ialah dengan melakukan pembersihan dari luar.Ayuh! marilah bersama Pakatan Rakyat demi Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan.

kempen UNDUR PAKLAH…

Filed under: Politik — fendimalik @ 4:10 am

‘Pemimpin yang bijaksana tahu bila rakyat perlukan mereka’

Undurlah cara terhoramat’

September 28, 2008

Ekskusif:Bersama bekas veteren UMNO Telok kemang(Siri 1)

Filed under: Politik — fendimalik @ 3:21 am

Kemelut yang melanda UMNO kini menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat.Tidak kira dimana,masyarakat masih lagi berbicara soal politik pasca PRU 12 Mac lalu.Pelbagai teori dilontarkan oleh tokoh-tokoh akademik,politik hatta NGO turut mengulas isu kekalahan teruk BN yang dikatakan berpunca dari sikap ‘arrogant of power’ yang melanda UMNO.Pada kesempatan ini saya sempat berdiskusi serta mendapatan luahan hati ke hati seorang vateren Umno Telok Kemang iaitu Puan Hajah Hamlah bt Ibrahim.Kesempatan yang ada saya gunakan untuk membongkar segala salah laku dan dan karakusan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan.

Puan Hjh Hamlah berhidmat hampir 34 tahun dalam KEMAS dan jawatan terakhir beliau ialah Penyelia Kanan Kemas Negeri Sembilan.Mula berkecimpung dalam UMNO sejak tahun 1973 dan pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Wanita Bahagian Telok Kemang pada tahun 1974.Pengalaman beliau sebagai penjawat awam dan terlibat secara langsung dalam politik menjadikan beliau sebagai antara saksi utama kerakusan Kerajaan Barisan Nasional.Besara dalam arena politik kerana ‘dicantas’ disebabkan sikap beliau yang vokal menyuarakan hak-hak golongan marhein menjadikan beliau kecewa  untuk bersama UMNO.Ikuti temubual ekskusif saya bersama beliau dalam siri 2 yang akan membicarakan soal kekayaan pemimpin Umno N.Sembilan serta budaya politik ‘cantas’ UMNO.

September 27, 2008

Mahasiswa dan politk..Satu pandangan sisi

Filed under: Mahasiswa — fendimalik @ 6:52 pm

Acapkali kita mendengar komen dan pandangan dari pelbagai pihak akan keterlibatan mahasiswa dalam politik.Ada yang menyokong dan ada yang menentang habis-habisan.Saya secara peribadi percaya keterlibatan mahasiswa dalam politik memberikan kesan serta impak yang cukup besar kepada bangsa dan negara.Mahasiswa sebgai golongan intelektual merupakan lidah dan penyambung hasrat rakyat.Teringat pesanan Abuya Hamka dalam sesi wacananya apabila beliau bertanya kepada mahasiswa apa tujaun mereka ke universiti.Pelbgai jawapan diberikan tetapi satu yang benar-benar menarik perhatian beliau ialah jawapan seorang mahasiswa yang menyatakan tujuan beliau ke universiti ialah untuk “Belajar erti hidup”‘

Sebagai mahasiswa yang dicanang-canang sebagai pewaris kepimpinan negara,memahami erti hidup dalam kerangka yang sebenar perlu dalam usaha melahirkan pemimpin yang benar-benar memahami erti perjuangan dan kehidupan rakyat.Pemimpin itu ‘dibentuk’ dan bukan ‘dilahirkan’ seperti yang dipercayai oleh masyarakat-masyarakat primitif.Slogan-slogan yang menyekat keterlibatan mahasiswa dalam sebarang aktiviti politik perlu dijauhi oleh setiap mahasiswa kerana boleh membunuh masa depan mahasiswa sebagai tradisi penyambung harapan rakyat.

Mahasiswa perlu mempunyai pendirian yang jelas dalam menyuarakan hak mereka sebagai golongan intelek.Sebagai kerajaan yang bijak,pemerintah perlu mengambil kira setiap pandangan dan luahan mahasiswa kerana apa yang disuarakan oleh mereka meletakan ilmu sebagai asas utama dalam merperjuangkan hak golongan yang tertindas.

my profile..

Filed under: Umum — fendimalik @ 6:17 pm

Di lahirkan tanggal 6 mac 1985 di Hospital Besar Seremban Negeri sembilan.Mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Sirusa Port Dickson.Melanjutkan pelajaran ke SMKA Pedas Rembau negeri Sembilan(1998-2002).Selepas tamat SPM, melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UIAM.Sekarang  merupakan mahasiswa tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Universiti Industri Selangor.Terlibat dalam aktiviti kemahasiswaan sejak dari matrikulasi lagi.Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Pendidik Insan PMUIAM(Wadah anak-anak negeri Sembilan),Timbalan setiausaha Agung Hizbul Islami PMUIAM.Selain itu juga terlibat secara aktif bersama PKPIM-ABIM semasa di pusat matrikulasi.Pernah mengetuai Expedisi Generasi Muda(XGEM) menjejak laluan Ibnu Batutah di Acheh pada April 2008 bersama Grup Pengkaji Tamadun Dunia(GPTD) yang merupakan front ABIM.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang politik dan mengagumi tokoh-tokoh reformasi seperti DAto’ Seri Anwar Ibrahim,Aung Sui ki,Mahatma Gandhi dan Mujadid Imam Hasan Al-Banna.

« Previous Page

Blog at WordPress.com.